Ahad, 8 Januari 2012

Tali Lidah Putus Akibat Ciuman

Heilongjiang, China, Banyak kajian membuktikan bahawa ciuman memiliki efek baik untuk kesihatan. Tapi bila dilakukan secara brutal, ciuman boleh berakibat fatal. Seorang wanita yang mengalami kerosakan lidah gara-gara dicium terlalu bernafsu oleh pasangannya.


 Seorang wanita berusia 19 tahun dari Heilongjiang, China, harus dirawat di hospital gara-gara ciuman. Ia mengalami kerosakan di tali lidah (lingual frenulum atau frenulum lidah), iaitu bahagian bawah lidah yang terlihat seperti tali saat lidah ditekuk ke atas.


 Tali lidah wanita yang tidak mahu disebutkan namanya ini putus saat berciuman dengan kekasihnya. Saat itu, kekasihnya sangat senang ketika melihatnya kembali setelah beberapa hari tidak bertemu dan langsung menciumnya dengan sangat keras.


 Dokter di hospital di Harbin,mengatakan wanita itu datang dengan penuh darah di mulutnya. Diagnosis menunjukkan tali lidahnya putus, yang boleh mempengaruhi gerakan dan kemampuan pengucapan lidah, dan juga membuatnya susah untuk mengunyah, seperti dilapor Shanghaidaily.


 Wanita tersebut mengatakan kepada doktor bahawa kekasihnya sangat gembira bertemu dengannya setelah berpisah selama beberapa hari. Melepas rasa rindu, sang kekasih langsung memeluk tubuhnya dan menciumnya dengan keras.


 Dia mengatakan bahawa ia merasakan sakit yang tiba-tiba di lidahnya dan darah mulai mengalirr, yang membuatnya takut dan menangis.


 Doktor harus melakukan operasi untuk membersihkan luka dan menyambung tali lidahnya yang putus. Meski masih susah makan dan sulit bicara, wanita itu kini mulai pulih dan masih berada di hospital.


 Frenulum lidah atau tali lidah merupakan lipatan selaput lendir kecil yang membentang dari dasar ke garis tengah muluh di bawah lidah. Frenulum pada lidah berfungsi untuk menempelkan lidah pada bahagian dasar mulut.


Tiada ulasan: