Jumaat, 11 Mei 2012

Penyanyi Program Realiti Dua Kali Paksa Kekasih Gugurkan Kandungan

Gossip ini kami terima dari mereka yang sangat rapat dengan si perempuan tetapi meminta kami untuk tidak mendedahkan identiti demi kebaikan mereka berdua & kisah ini biar jadi pengajaran buat semua yang membaca.
Penyanyi lelaki yang terbit dari sebuah program realiti TV ini memang pernah terkenal dengan sikap playboy selepas keluar dan sebenarnya mempunyai kekasih sedang peminat kecoh dengan hubungan beliau dengan beberapa gadis.
Demi cinta dan mengharapkan penyanyi ini untuk setia selamanya, si kekasih rela di’bawa menjadi teman tidur asalkan penyanyi ini tidak menghabiskan malam bersama wanita lain. Dan, nyata percaturan kekasih penyanyi ini salah.
Kekasih penyanyi ini di’sahkan mengandung sekitar Mac 2011 yang lalu sebelum penyanyi lelaki berbadan sasa ini memaksa untuk gugurkan kandungan demi menjaga nama baik kedua dua belah pihak. Sebagai perempuan, menurut kata kekasih ketika itu merupakan pilihan terbaik.
Dan, perbuatan mereka berulang dan si kekasih sekali lagi di’sahkan mengandung pada Disember 2011 dan terpaksa menggugurkan kandungan di sebuah klinik swasta pada Januari 2012 yang lalu.
Penyanyi tersebut khabarnya kini sudah tidak keruan kerana si kekasih sudah terlalu mendesak untuk mereka berdua berkahwin & takut akan kejadian sama berulang untuk kali ketiga sedangkan masing masing masih muda — terutama lelaki yang masih mahu enjoy.maklumat.my

Johnny Depp Rasa Diri Tidak Berguna

AKTOR Johnny Depp mendedahkan dia pernah hidup susah dan merasakan dirinya tidak berguna sebelum mengecap kejayaan seperti yang diperolehnya sekarang.
Menurut laporan Digital Spy, sebelum popular, dia menjalani kehidupan yang sangat menyedihkan, namun bersyukur kehadiran kedua-dua anaknya, Lily Rose,12, dan Jack, 10, dapat menaikkan semangatnya untuk terus hidup.
“Tidak ada apa pun di dunia ini yang boleh membuatkan kehidupan harian saya berharga ketika di zaman muda dahulu.
“Saya dibesarkan di antara luka dan ketika baru meraih sukses. Saya tak pernah berasa bangga dengan hasil kerja saya. Malah masih lagi tidak tahu ke mana arah tuju hidup saya,” katanya.
Ketika Depp berusia 15 tahun, kedua-dua ibu bapanya telah bercerai dan akibat penceraian itu Depp seolah-olah tidak tahu pengertian hidup sehingga pernah melakukan tindakan yang berbahaya untuk mengatasi rasa hampanya.
“Memang pada ketika itu jiwa saya kosong. Saya marah dan kecewa sehinggalah apabila saya sudah berkeluarga dan anak pertama lahir,” tuturnya. – Mstar

Dapat Ijazah Selepas 19 Tahun Belajar Di Universiti

New York : Seorang lelaki dari Yugoslavia, Gac Filipaj, 52 yang langsung tidak boleh berbahasa Inggeris ketika tiba di New York, akhirnya berjaya mendapat ijazah kepujian pengajian klasik daripada Universiti Colombia, selepas 19 tahun mengikuti pengajian di situ.
Universiti Colombia merupakan universiti keempat terbaik di Amerika Syarikat selepas Harvard, Princeton dan Yale.
Filipaj, yang bekerja sebagai penjaga stor di universiti berkenaan, telah berpindah ke Amerika Syarikat pada 1992 selepas tanah airnya berdepan perang saudara.
Pada mulanya, dia hanya mengikuti kelas bahasa Inggeris untuk memantapkan bahasanya.
Selepas tujuh tahun belajar, Filipaj akhirnya berjaya menguasai bahasa berkenaan dengan cemerlang.
Dia kemudiannya, mengambil kesempatan daripada polisi yang ditawarkan Universiti kepada kakitangannya untuk mengikuti pengajian di situ dengan yuran percuma.
Sejak itu, Filipaj belajar pada waktu siang manakala kerja hakikinya dilakukan pada waktu malam.
Setiap semester, dia hanya mendaftar di satu atau dua kelas sahaja.
Menurut Filipaj, kesukaran yang dialaminya ketika belajar, bukannya menyesuaikan diri dengan pelajar lain yang jauh lebih muda daripadanya, sebaliknya terpaksa mempelajari bahasa Greek purba, iaitu subjek yang paling sukar.
Bagaimanapun, Filipaj tidak sempat berkongsi kejayaan itu dengan bapanya yang telah meninggal dunia tiga minggu lalu.
“Bapa saya selalu menyatakan bahawa saya bukan cerdik, jadi dengan adanya ijazah ini, ia akan menukar pendiriannya itu,’’ katanya.
Filipaj kini bercadang untuk meneruskan pengajian sehingga ke peringkat PhD.
“Saya kini telah memenuhi sebahagian mimpi-mimpi saya iaitu pengajian di universiti,’’ katanya. – My News Hub